Profile

NASIRAH AZMAN
Hello ! Assalamualaikum . Nama saya Nurul Nasirah bt Azman . Alhamdulillah dah hidup di muka bumi Allah selama 16 tahun . Masih menimba ilmu di Mrsm Felda . Menulis adalah salah satu cara saya melepaskan tekanan saya . Hidup memang tak selalu indah . Jadi kita indahkan hidup kita dengan sesuatu yg buat kita bahagia .

please don't go away
Saturday, 6 December 2014

Assalamualaikum

Blog bertukar wajah lagi *taraaaaaaa* haha sebenarnya aku malas nak update blog tapi memandangkan aku bosan tahap dewa dewi kayangan semua ada . hahh hiperbola sangat . Bosan aku sejak cuti ni ibarat makan , online , tidur then ulang ulang benda tuh setiap hari . Kau rasa tak ke tinggi perut aku sebab takde aktiviti yg berfaedah . Sebab tu aku ambil keputusan untuk update blog yg berhabuk lagi bersawang ni . Walaupun takde orang baca kan peduli apa aku . Aku tetap nak update blog ni hahahaha . Btw, result pt3 aku just another few days tau ! cuak dia mak aihhh hanya Allah je yg tau . Kalau diimbas balik macam mana aku jawab pt3 haritu memang tak dapat diluahkan dengan kata kata susah dia . Rasanya kalau aku baca buku 44 kali , rebus buku buat air then minum pun tak dapat jawab kot . hamboih hiperbola terlampau betul . Banyak soalan HOTS ! Tak tau benda alah apa tu ? Itu namanya 'High Order Thinking Skills' atau dalam bmnya 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)' So aku tak taulah keputusannya mcm mana tapi aku dah tau markah Maths aku cuma gred lah tak sure . Nak tau berapa ? Aku dapat 80 je . Alhamdulillah tapi agak menghampakan jugaklah . Buatnya 85 baru A kau rasa tak ke aku menangis guling guling depan cikgu aku mintak tambah markah . choy ! Mintak dipermudahkan je lah . Aku redha je keputusan aku berapa sebab kalau nak kecewa pun aku still ada SPM . Exam lagi besar tu ! Penentu aku masuk U ke idok . Doakan kejayaan aku tau . Sayang korang ketat ketat tak mau lepas . choy .

Gambar sekadar hiasan

Aku nak cerita sikit pasal soundcloud . Soundcloud tu one of social network yg kau boleh tunjukkan bakat nyanyian kau . hahh pada sesiapa yang tak dapat masuk akedemi fantasia ke mentor ke malaysian idol ke bolehlah nak menyanyi-nyanyi kat dalam ni . Daripada kau menyanyi dalam bilik air takde siapa dengar tu baik kau menyanyi dalam soundcloud ni . At least ada lah kawan kawan kau nak dengar even suara kau macam itik kena hempap gajah kann . choy gurau je nyahhh ! Actually , iolls pun ada soundcloud . hahaha ! Motifnya bukanlah nak menunjuk suara sedap ke apa dan memang aku tau suara aku tak sedap tapi perasaan membajet terlebih dalam diri ni . Saja seronok nak menyanyi . Mana tau tetiba ada music company memana call aku then panggil aku menyanyi then aku jadi penyanyi popular . hahhhh kau nampak berangannya ibarat yg dikejar tak dapat , yg dikendong berciciran . hahhh itu namanya peribahasa suka hati ibarat kata wak doyok #akutuliskauyangpanas . Sampai sini saja coretan saya buat kali ini *cliche sangat* btw jangan lupa follow soundcloud iolls ni :

https://soundcloud.com/joyxh07


bye dan assalamualaikum .
02:56

Tagbox




Layout by 16thday
Resources One Two Three