Profile ![]() Hello ! Assalamualaikum . Nama saya Nurul Nasirah bt Azman . Alhamdulillah dah hidup di muka bumi Allah selama 16 tahun . Masih menimba ilmu di Mrsm Felda . Menulis adalah salah satu cara saya melepaskan tekanan saya . Hidup memang tak selalu indah . Jadi kita indahkan hidup kita dengan sesuatu yg buat kita bahagia . |
Friday, 12 December 2014
#Kenapa dengan Jumaat ? Assalamualaikum *muncung mulut**mata juling**tiup ke atas*bela tudung* *gosok muka**buang taik hidung sikit* ehem ehemm test mic test suara ehem ! alright hari ni hari jumaat . selalunya kan orang melayu ni ada satu fenomena tentang hari jumaat yg membuatkan orang takut dengan hari jumaat ni . apa dia ? ada sesetengah pemikiran melayu yg menyatakan bahawa malam jumaat je ada cik han....tu . Pada pendapat saya *sambil tangan gegosok dagu fefeeling perdana menteri nak settlekan masalah ekonomi merudum* benda ni macam mitos je lah . Orang dedulu cakap macam tu sebab tak nak bagi kita keluar malam jumaat supaya kita perbanyakkan ibadat . Mesti ada yg macam terasking-asking why must we make the ibadat more on friday right ? *english aku macam lori ayam terbabas je* Sebab hari Jumaat ni merupakan satu hari yg sangat besar di sisi Allah dan Allah mengkhususkan hambaNya agar mengerjakan solat Jumaat bagi kaum Adam . Allah juga menyuruh hambaNya meninggalkan urusan dunia ketika azan berkumandang . hah nampak tak betapa pentingnya hari Jumaat ni .
ni nama dia Aurora . salah satu kebesaran Allah . Subhanallah .
Okay sambung balik . Hari Jumaat ni jugak hari berlakunya kiamat . MasyaAllah . Sebab tu lah Allah suruh kita banyakkan ibadat pada malam Jumaat . Antara amalan yg Rasulullah suruh kita amalkan ialah baca surah Al-Kahfi . Haritu aku ada dengar satu ceramah daripada Ustaz Abdullah Khairi . Dia kata salah satu tanda kiamat ni ayat-ayat Al Quran hilang . Melalui pengalaman dia , dia pergi mana mana tempat mesti ada kes ayat Al Quran hilang . Nak tau surah apa yg hilang ? Surah Al-Kahfi . Dahlah surah ni yg boleh selamatkan kita dari fitnah dajjal . Jadi seeloknya mulai sekarang kita start baca surah Al-Kahfi SETIAP HARI at least ayat 1-10 dan 100-110 supaya kita dan keluarga dan semua umat Muhammad ni dapat elak dari fitnah dajjal InshaaAllah . Ini sekadar perkongsian bukan ceramah . Aku ni bukan ustazah cuma aku rasa ini tanggungjawab aku sebagai hamba Allah . Sama sama kita ubah diri kita ke arah lebih baik InshaaAllah .
Gambar sekadar hiasan
bye dan assalamualaikum
06:07
|
Tagbox |