Profile

NASIRAH AZMAN
Hello ! Assalamualaikum . Nama saya Nurul Nasirah bt Azman . Alhamdulillah dah hidup di muka bumi Allah selama 16 tahun . Masih menimba ilmu di Mrsm Felda . Menulis adalah salah satu cara saya melepaskan tekanan saya . Hidup memang tak selalu indah . Jadi kita indahkan hidup kita dengan sesuatu yg buat kita bahagia .

please don't go away
Saturday, 27 December 2014

Assalamualaikum .

Manusia kata ada hikmah di sebalik ujian
Benarkah ?
Mungkin ia hikmah
Atau mungkin murka tuhan kepada hambaNya
Hamba Sang Pencipta yg alpa akan tanggungjawab mereka !
Mereka lupa tugas yg mereka pikul itu sungguh berat !
Tetapi mereka ibarat melepaskan batuk di tepi tangga .

Wahai manusia sedarlah !
Sedarlah bahawa bumi yg kita pijak ini
Hanya menunggu masa untuk musnah !
Sedarlah bahawa langit yg kita junjung ini
Tidak lama lagi akan runtuh !
Hanya menunggu Kun ! Faya kun
Usah kau mendabik dada
Usah kau riak dan takbur !
Kerna yg di atas
Maha Berkuasa atas segalanya

P/S:: Satu-satu musibah menimpa bumi Malaysia ini . Siapa yg harus dipersalahkan ? Ya . Kita sendiri yg harus dipersalahkan kerana terlalu leka dgn nikmat duniawi . Kerana kita lupa kuasa kun fayakun ! Allah itu Maha Berkuasa . Usah kita persoalkan hukumNya kerana Dia sebaik-baik perancang . Ayuhlah kita sama-sama berubah ke arah yg diredhai Allah . Berubah dari yg mengejar duniawi kepada pencinta ukhrawi . InshaaAllah

23:30

Tagbox




Layout by 16thday
Resources One Two Three