Profile
NASIRAH AZMAN Hello ! Assalamualaikum . Nama saya Nurul Nasirah bt Azman . Alhamdulillah dah hidup di muka bumi Allah selama 16 tahun . Masih menimba ilmu di Mrsm Felda . Menulis adalah salah satu cara saya melepaskan tekanan saya . Hidup memang tak selalu indah . Jadi kita indahkan hidup kita dengan sesuatu yg buat kita bahagia . |
Sunday, 11 January 2015
#Gua Dah Form 4 ! Assalamualaikum... Eehhh ! Ada taik cicak dah dalam blog nih . Hahah . Post pertama di tahun 2015 . 2015 will be a vey tough year for me . I guess . Sebab for the first time ever aku akan satu kelas dgn lelaki . Dah 9 tahun aku dgn perempuan je . Yela sbb sekolah convent kan mana ada lelaki . Then masuk mrsm aku dpt kelas semua perempuan . Confirm tahun ni awkward gila weyhh ! Aku lalu sebelah lelaki pun aku dah cuak . Hahh ! Aku dengar Mak Jemah ngumpat ckp aku mengada-ngada . Hahah . Bukan mengada-ngada Mak Jemah oi . Faham tak aku x biasa ngan lelaki . Family aku pun ramai perempuan so hidup aku dikelilingi perempuan . Tapi kan aku redha je lah . Nanti kalau dah masuk u pun kena hadapi mcm ni jugak . Jadi ini first step untuk biasakan diri . Kalau seumur hidup aku dgn perempuan je hahh alamatnya aku x kahwin lah . Aku nak kahwin lah ! *Gatal shangaaat* Hahah .
Hidup ni kenalah ada kelainan sikit . Barulah special mcm kopi ni .
Iklan tadi . And pejam celik pejam celik aku dah form 4 . And serious rasa mcm hidup ni mimpi hurmm puitis gila ayat . Another 1 year aku akan tamatkan zaman persekolahan . Excited ada sedih ada takut pun ada . Because I think zaman dewasa ni sangatlah mencabar ! Yes . Nak kerja lagi . Cakap pasal kerja aku tak tahu cita-cita aku apa . Hah dengar dah jiran rumah aku ketawa sbb dah form 4 aku still takde ambition . Ish ! Ada yg makan kasut roshe run masak tempoyak pulak kang . Oklah . Aku rasa mcm panjang je aku membebel ni . Aku rasa kalau mak orang nak beranak pun dah pecah air ketuban kot hahah ok mengarut . So wish me luck untuk tahun 2015 yg sangat mencabar bakhanggg .
Selamat kembali ke sekolah wahai insan yg bergelar pelajar .
Sekian . Jumpa lagi . Assalamualaikum .
03:10
Saturday, 27 December 2014
# Adakah ini hikmah ? Assalamualaikum . Manusia kata ada hikmah di sebalik ujian Benarkah ? Mungkin ia hikmah Atau mungkin murka tuhan kepada hambaNya Hamba Sang Pencipta yg alpa akan tanggungjawab mereka ! Mereka lupa tugas yg mereka pikul itu sungguh berat ! Tetapi mereka ibarat melepaskan batuk di tepi tangga . Wahai manusia sedarlah ! Sedarlah bahawa bumi yg kita pijak ini Hanya menunggu masa untuk musnah ! Sedarlah bahawa langit yg kita junjung ini Tidak lama lagi akan runtuh ! Hanya menunggu Kun ! Faya kun Usah kau mendabik dada Usah kau riak dan takbur ! Kerna yg di atas Maha Berkuasa atas segalanya P/S:: Satu-satu musibah menimpa bumi Malaysia ini . Siapa yg harus dipersalahkan ? Ya . Kita sendiri yg harus dipersalahkan kerana terlalu leka dgn nikmat duniawi . Kerana kita lupa kuasa kun fayakun ! Allah itu Maha Berkuasa . Usah kita persoalkan hukumNya kerana Dia sebaik-baik perancang . Ayuhlah kita sama-sama berubah ke arah yg diredhai Allah . Berubah dari yg mengejar duniawi kepada pencinta ukhrawi . InshaaAllah 23:30
Friday, 12 December 2014
#Kenapa dengan Jumaat ? Assalamualaikum *muncung mulut**mata juling**tiup ke atas*bela tudung* *gosok muka**buang taik hidung sikit* ehem ehemm test mic test suara ehem ! alright hari ni hari jumaat . selalunya kan orang melayu ni ada satu fenomena tentang hari jumaat yg membuatkan orang takut dengan hari jumaat ni . apa dia ? ada sesetengah pemikiran melayu yg menyatakan bahawa malam jumaat je ada cik han....tu . Pada pendapat saya *sambil tangan gegosok dagu fefeeling perdana menteri nak settlekan masalah ekonomi merudum* benda ni macam mitos je lah . Orang dedulu cakap macam tu sebab tak nak bagi kita keluar malam jumaat supaya kita perbanyakkan ibadat . Mesti ada yg macam terasking-asking why must we make the ibadat more on friday right ? *english aku macam lori ayam terbabas je* Sebab hari Jumaat ni merupakan satu hari yg sangat besar di sisi Allah dan Allah mengkhususkan hambaNya agar mengerjakan solat Jumaat bagi kaum Adam . Allah juga menyuruh hambaNya meninggalkan urusan dunia ketika azan berkumandang . hah nampak tak betapa pentingnya hari Jumaat ni .
ni nama dia Aurora . salah satu kebesaran Allah . Subhanallah .
Okay sambung balik . Hari Jumaat ni jugak hari berlakunya kiamat . MasyaAllah . Sebab tu lah Allah suruh kita banyakkan ibadat pada malam Jumaat . Antara amalan yg Rasulullah suruh kita amalkan ialah baca surah Al-Kahfi . Haritu aku ada dengar satu ceramah daripada Ustaz Abdullah Khairi . Dia kata salah satu tanda kiamat ni ayat-ayat Al Quran hilang . Melalui pengalaman dia , dia pergi mana mana tempat mesti ada kes ayat Al Quran hilang . Nak tau surah apa yg hilang ? Surah Al-Kahfi . Dahlah surah ni yg boleh selamatkan kita dari fitnah dajjal . Jadi seeloknya mulai sekarang kita start baca surah Al-Kahfi SETIAP HARI at least ayat 1-10 dan 100-110 supaya kita dan keluarga dan semua umat Muhammad ni dapat elak dari fitnah dajjal InshaaAllah . Ini sekadar perkongsian bukan ceramah . Aku ni bukan ustazah cuma aku rasa ini tanggungjawab aku sebagai hamba Allah . Sama sama kita ubah diri kita ke arah lebih baik InshaaAllah .
Gambar sekadar hiasan
bye dan assalamualaikum
06:07
Saturday, 6 December 2014
#Soundcloud Assalamualaikum Blog bertukar wajah lagi *taraaaaaaa* haha sebenarnya aku malas nak update blog tapi memandangkan aku bosan tahap dewa dewi kayangan semua ada . hahh hiperbola sangat . Bosan aku sejak cuti ni ibarat makan , online , tidur then ulang ulang benda tuh setiap hari . Kau rasa tak ke tinggi perut aku sebab takde aktiviti yg berfaedah . Sebab tu aku ambil keputusan untuk update blog yg berhabuk lagi bersawang ni . Walaupun takde orang baca kan peduli apa aku . Aku tetap nak update blog ni hahahaha . Btw, result pt3 aku just another few days tau ! cuak dia mak aihhh hanya Allah je yg tau . Kalau diimbas balik macam mana aku jawab pt3 haritu memang tak dapat diluahkan dengan kata kata susah dia . Rasanya kalau aku baca buku 44 kali , rebus buku buat air then minum pun tak dapat jawab kot . hamboih hiperbola terlampau betul . Banyak soalan HOTS ! Tak tau benda alah apa tu ? Itu namanya 'High Order Thinking Skills' atau dalam bmnya 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)' So aku tak taulah keputusannya mcm mana tapi aku dah tau markah Maths aku cuma gred lah tak sure . Nak tau berapa ? Aku dapat 80 je . Alhamdulillah tapi agak menghampakan jugaklah . Buatnya 85 baru A kau rasa tak ke aku menangis guling guling depan cikgu aku mintak tambah markah . choy ! Mintak dipermudahkan je lah . Aku redha je keputusan aku berapa sebab kalau nak kecewa pun aku still ada SPM . Exam lagi besar tu ! Penentu aku masuk U ke idok . Doakan kejayaan aku tau . Sayang korang ketat ketat tak mau lepas . choy .
Gambar sekadar hiasan
Aku nak cerita sikit pasal soundcloud . Soundcloud tu one of social network yg kau boleh tunjukkan bakat nyanyian kau . hahh pada sesiapa yang tak dapat masuk akedemi fantasia ke mentor ke malaysian idol ke bolehlah nak menyanyi-nyanyi kat dalam ni . Daripada kau menyanyi dalam bilik air takde siapa dengar tu baik kau menyanyi dalam soundcloud ni . At least ada lah kawan kawan kau nak dengar even suara kau macam itik kena hempap gajah kann . choy gurau je nyahhh ! Actually , iolls pun ada soundcloud . hahaha ! Motifnya bukanlah nak menunjuk suara sedap ke apa dan memang aku tau suara aku tak sedap tapi perasaan membajet terlebih dalam diri ni . Saja seronok nak menyanyi . Mana tau tetiba ada music company memana call aku then panggil aku menyanyi then aku jadi penyanyi popular . hahhhh kau nampak berangannya ibarat yg dikejar tak dapat , yg dikendong berciciran . hahhh itu namanya peribahasa suka hati ibarat kata wak doyok #akutuliskauyangpanas . Sampai sini saja coretan saya buat kali ini *cliche sangat* btw jangan lupa follow soundcloud iolls ni :
https://soundcloud.com/joyxh07
bye dan assalamualaikum .
02:56
Saturday, 2 August 2014
#Andai Esok Aku Pergi... Assalamualaikum... Andai esok aku pergi... Aku mohon tuhan... Ampunkan daku Maha Pengasih... Tuhan... Aku insan hina... Aku hamba penuh noda... Neraka ? Bakal mahligaiku... Andai esok aku pergi... Aku mohon teman... Maafkan khilafku... 10:26
Thursday, 27 March 2014
#PrayForMH370 Assalamualaikum... Wehh ! lama siot tak update blog... Mesti dah rindu aku kan kan kan ?? Entry hari ni is about issue yg semakin hangat diperkatakan sejak 21 hari lepas... Misteri kehilangan pesawat hebat di Malaysia , MH370... Pesawat ni menuju ke Beijing pada jam 4:41 pm dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6:30 am... Pesawat ni hilang dalam radar kurang dari sejam selepas berlepas... Dalam pesawat tu ada 227 orang penumpang dan 12 crew pesawat... Pesawat tu dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmed Shah , 53 tahun dan co-pilot Fariq Abdul Hamid , 27 tahun... Penumpangnya terdiri daripada 153 Chinese and 38 Malaysians... Penumpang lain ada yg dari negara Iran , US , Canada , Indonesia , Australia , India , France , NZ , Ukraine , Russia , Taiwan and Netherlands... Two Iranian men were found to be travelling on false passports...But further investigations revealed 19-year-old Pouria Nour Mohammad Mehrdad and Delavar Seyed Mohammadreza 29-year-old were headed for Europe via Beijing , and had no apparent links to terrorist groups... "Alright , good night..." that was the last words from co-pilot Fariq but it's not clear whether this was before or after the Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) had been deliberately switched off... Dan terbaru DS Najib our prime minister announce that MH370 ended in Southern Indian Ocean... Satu dunia turut terkejut dengan berita ni... So together we pray for MH370... From Allah we come and to Allah we return... Al-Fatihah...
*News from : http://www.bbc.com/news/world-asia-26503141
18:21
Saturday, 1 February 2014
Hello February
Assalamualaikum...
It's been a while since I updated the last entry. Hello February , Bye January ! Seems like January is not a good start for me in 2014 *sigh. So I hope this February can cheer up my life. Hurmm... So many 'things' happened in January. February, please be nice to me. Will update more soon...
08:37
|
Tagbox |